Langkau ke kandungan utama

Catatan

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. Soft copy Provided.

Fattah Amin bercerai dengan Fazura akhirnya

  Foto Sumber Harian Metro Setelah 7 tahun melayari bahtera cinta dan membina mahligai bahagia bersama, akhirnya perancangan Allah SWT melangkaui perancangan mereka. Fattah Amin 34, telah melafazkan cerai talak 1 terhadap Fazura, 41, kira-kira pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam. Lafaz talak 1 dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh. Sejarah cinta bahagia mereka yang saya tulis di blog ini, akhirnya menemui noktah buat ketika ini. Perancangan Allah pada masa hadapan tiada siapa bisa menebak. Semoga baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Part VII : Kisah Cinta #fattzura: Kata-kata Fazura 'Jom kita kawen' bertukar kepada 'Jom Kita Berpisah' setelah 7 tahun bersama.

      Aktres Fazura telah memfailkan penceraian sehari sebelum hari jadi Fattah iaitu pada 13 September 2024. Peminat pasti menanti-nanti sambutan hari jadi Fattah Amin pada 14 September 2024. Pada tahun-tahun yang telah lalu, majlis sambutan hari jadi Fatah akan sentiasa disambut dengan kemeriahan majlis yang dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga. Tahun 2024 merupakan tahun kesedihan buat pasangan ini dan sudah tentunya bagi peminat yang sentiasa mengikuti kisah cinta mereka klik sini  rasa berdebar-debar menantikan akhirnya kisah penyatuan dua hati ini yang diharapkan kekal hingga ke Syurga Firdausi. Kisah cinta mereka bermula dengan kata-kata keramat dari Fazura di hari-hari mereka shooting drama bersiri Astro 'Hero Seorang Cinderella'. Fattah ada memberitahu, pada minggu pertama shooting drama HSC, secara tiba-tiba Fazura ada berkata 'jom kita kawen'. Fattah pastinya terkejut dan Allah sampaikan jodoh mereka bila bernikah pada 27 November, 2017, 9.50 malam. Pada...

Fattzura dan Yamma holiday ke Germany

Gembira tengok percutian Fattzura dan cahayamata anugerah Allah Fatima yang comel. Menanti posting keletah Yamma tiap hari.

KISAH PKP 1 DAN PERJALAN SEPERTI BERADA DALAM "TRAIN TO BUSAN", ADAKAH ZOMBIE AKAN MENYERANG.....

KISAH PKP 1 DAN PERJALAN SEPERTI BERADA DALAM "TRAIN TO BUSAN", ADAKAH ZOMBIE AKAN MENYERANG..... Anak saya no 3, perempuan belajar di Uitm Shah Alam. Pada 18 Mac 2020 pagi, dah ada ura-ura nak dilaksankan PKP 1, bermula 18 Mac, 2020. Dan pengumuman dibuat dalam tengahari hari tersebut. Saya pun call anak perempuan ke tiga saya ni, Alissa namanya, mintak dia balek kampung hari tu jugak. Dia bincang dengan kawan2 kat kolej, ada yang kata tunggu pengumuman disahkan dulu. Tapi saya kata, tak boleh tunggu, gerak booking ERL balek kampung pada 19 Mac, 2020 jugak. Dapat tiket ERL terakhir pukul 12 tgh malam. Dijangka sampai ke station Batu Gajah, Perak dalam pukul 1.15 tengah malam. Kami jemput di station ERL Batu Gajah. Alissa kata dalam coach tu ada 3 orang sahaja. Suspen sangat, dah macam dalam cerita 'Train to Busan'. Ada pemandu, 2 orang penumpang lelaki dan Alissa. Masa dia di station ERL KL Sentral, PDRM dah berkawal, anak saya bawa backpack sahaja, acah baru balek...

PKP I DAN PERJALANAN MENDEBARKAN RENTAS NEGERI. TAK SANGKA DIA SANGAT YAKIN BOLEH LEPAS SEKATAN DALAM KEADAAN MACAM TU..

PKP I DAN PERJALANAN MENDEBARKAN RENTAS NEGERI. TAK SANGKA DIA SANGAT YAKIN BOLEH LEPAS SEKATAN DALAM KEADAAN MACAM TU.. Anak sulung saya, Mino namanya, balek kampung masa PKP1. Memang satu perjalanan yang mendebarkan, dengan hanya berbekalkan 1 surat yang di cetak warna sahaja. Kerana untuk pos surat makan masa yang lama. Redah balek kampung dengan surat dari kami yang ada la buat bisnes Pembuatan Cili Boh di Perak. Anak saya ni, Mino, mulakan perjalanan dari Pahang. Kalau ikutkan PKP 1 dulu memang susah nak lepas sekatan kecuali dengan surat dari majikan yang dicetak asli sahaja. Masa tu syarikat tempat dia kerja dah kena tutup sementara atas arahan PKP. Mula dia bertolak keluar dari rumah pukul 4 pagi, biar redup katanya. Sampai sempadan nak keluar dari Pahang, PDRM kat sekatan tu suruh dia patah balek. Pukul 8 pagi baru boleh rentas negeri. Baleklah kerumah semula, pukul 8 pagi baru bertolak semula, lepas la sekatan sempadan negeri. Dari pahang, melalui semua susur keluar..... k...

Fattah Amin bersama Kek berimejkan Udang dan Petai di hari jadi ke 31

Fattah Amin bersama Kek berimejkan Udang dan Petai di hari jadi ke 31  14 September '21 hari ni. Hari Istimewa, birthday selebriti kesayangan ramai Fattah Amin. Selamat menyambut hari lahir yang ke 31 tahun..Fattah, Semoga berkah pada usia yang tinggal. "Abdul Fattah Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella." https://ms.wikipedia.org/wiki/Fattah_Amin Best tengok Fatima Aisyah cahayamata pertama #fattzura, lahir pada 2 Oktober 2020. Dah setahun usia sicomel ni.. Kek istimewa dengan imej utama udang dan petai. Memang fattah 'hantu' hidangan udang dan petai. Kalau ada...

Coway Bangkit Bantu Rakyat Malaysia melandaikan lengkuk kes Covid-19

Coway Bangkit Bantu Rakyat Malaysia melandaikan lengkuk kes Covid-19 Kes Covid-19 masih berlegar-legar di angka 20,000 kes setiap hari. Melihat kesedihan yang dikongsikan oleh orang-orang yang kehilangan orang tersayang, sudah pasti kita inginkan satu ikhtiar lain selain dari SOP penjarakan sosial sahaja. Klik link ini untuk berhubung dengan kami  https://linktr.ee/JuneAmdan Atau terus sahaja ke Coway Mall untuk checkout  https://emall.coway.com.my/?agentcode=641449 Kredit kepada owner Tik Tok  bagi video di atas. Klik link ini untuk berhubung dengan kami  https://linktr.ee/JuneAmdan Atau terus sahaja ke Coway Mall untuk checkout  https://emall.coway.com.my/?agentcode=641449 Wabak Covid-19, tersebar melalui jangkitan udara. Malah varian-varian terbaru lebih ganas kerana dengan pantas varian-varian ini hidup di dalam hidung manusia dan masuk ke dalam paru-paru, membina perumah baru dan merosakkan organ-organ dalaman manusia. DAHULU *  Kematian dari orang-ora...

Part VI: Kisah Cinta #fattzura: Kiriman Agung seorang puteri, cahaya mata pertama Fattah Amin dan Nur Fazura, Jumaat 2 Oktober 2020, 14 Safar 1442H

  Catatan di instagram Fazura . Fortunate is a woman whose first child is a daughter - Prophet Muhammad SAW Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga. ❤️ Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our ...

Hari-hari bersejarah mommy dan daddy #fattzura junior

Fattah Melamar Fazura : 27 September 2017 tarikh harilahir Faz sendiri. Kejutan pertemuan tersebut tanpa sempat Fazura menukar baju selepas acara sambutan harijadi Fazura pada sebelah petang hari tersebut oleh peminat beliau. Fazura menerima pemberian istimewa 500 kuntum bunga dari Fattah Amin di majlis ini. Sebaik selesai majlis sambutan harijadi Fazura, Fattah ajak Faz makan malam di sebuah tempat yang sangat istimewa. Putri Zarith dan rakan-rakan adalah perancang utama kejutan malam ini. Ketika lamaran dilakukan oleh Fattah, Faz memandang mata Fattah dan melihat ada kebahagian masa depan bersama Fattah didedahkan oleh Faz sendiri di sidang media selepas pulang dari Umrah dan berkata 'YES'. Ah sweetnya momen ni kann. Pertunangan : 13 November 2017 Berangkat Umrah bersama keluarga: 15 November 2017 Sidang Media Pengumuman Pertunangan sebaik sampai di KLIA dari Umrah: 23 November 2017 Majlis Pernikahan: 27 November 2017  Majl...

#fattzura junior baby September seperti mommy dan daddy

Perancangan Allah SWT itu maha sempurna. Kebaikan demi kebaikan untuk pasangan #fattzura dihadirkan pada ketika dan waktu yang tepat. Perintah Kawalan Pergerakkan kerana Covid-19 dengan tanda pagar #dudukrumah memberi ruang untuk mereka berehat seketika dari aktiviti harian sebagai Selebriti yang sangat popular ketika ini. Sama-sama kita mendoakan kebaikan untuk pasangan #fattzura sehingga kelahiran bayi yang in shaa Allah sihat sempurna. Pengumuman pada 17 April 2020 oleh Nur Fazura di instagram beliau dengan kandungan masuk 4 bulan membayangkan kelahiran bayi juga in shaa Allah pada bulan September 2020. Bertepatan dengan bulan sambutan kelahiran Fattah Amin pada 14 September dan Nur Fazura pada 27 September. Yeayy baby September untuk #Fattzura.

#fattzura Kisah September 2019

#1 Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Baca juga disini

Fazura mengandung! September sambut birthday sekeluarga.

  Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT #fattzura bakal menimang cahaya mata pada September 2020. Baby September seperti ayahnya Hero Seorang Cinderella, Selebriti Fattah Amin yang dilahirkan pada 14 September  dan bundanya Fazura pada 27 September. Gembira tak terkata bila Selebriti Fazura mengumumkan kehamilan beliau memasuki usia 4 bulan di ruang instagram pada Jumaat, 17 April 2020 bersamaan 23 Sya'aban 1441H. Jumaat yang penuh berkah. Semoga kehamilan Fazura dipermudahkan dan kehidupan penuh berkah sehingga akhir hayat. Aamiin Nantikan #fattzura junior tidak lama lagi.... Sumber foto dari Instagram Selebriti Fazura

Part V: Kisah Cinta #fattzura: Fazura bakal menimang cahayamata pertama bulan September 2020

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT #fattzura bakal menimang cahaya mata pada September 2020. Baby September seperti ayahnya Hero Seorang Cinderella, Selebriti Fattah Amin yang dilahirkan pada 14 September  dan bundanya Fazura pada 27 September. Gembira tak terkata bila Selebriti Fazura mengumumkan kehamilan beliau memasuki usia 4 bulan di ruang instagram pada Jumaat, 17 April 2020 bersamaan 23 Sya'aban 1441H. Jumaat yang penuh berkah. Semoga kehamilan Fazura dipermudahkan dan kehidupan penuh berkah sehingga akhir hayat. Aamiin Nantikan #fattzura junior tidak lama lagi.... Sumber foto dari Instagram Selebriti Fazura

Fattah Amin - Pelakon Filem Lelaki Popular | #ABPBH32

Fattah Amin - Pelakon Filem Lelaki Popular | #ABPBH32 #miimaland     Tahniah kepada Fattah Amin seorang aktor yang sangat komited dengan disiplin sebagai seorang pelakon. Memenangi award sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular ABPH32. Popular kerana diminati oleh ramai peminat-peminat beliau. Ada netizen mempertikaikan kemenangan, tetapi perlu diingat, ini adalah kategori popular yang mencangkupi kriteria popular dari segi kebolehan berlakon, penampilan, kebolehan komunikasi dengan peminat, disukai ramai dan pelbagai disiplin popular yang lain yang menyebabkan Fattah berjaya membawa tropi Pelakon Filem Lelaki Popular ABPH32. Fattah Amin berjaya membawa trofi tersebut berdasarkan lakonan beliau dalam filem KL Special Force   yang diarahkan oleh Syafiq Yusof.  Bintang utama filem ini terdiri dari aktor lagend Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. KL Special Force telah ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan dikeluarkan oleh gabungan Skop Production, Damof...