KISAH PKP 1 DAN PERJALAN SEPERTI BERADA DALAM "TRAIN TO BUSAN", ADAKAH ZOMBIE AKAN MENYERANG.....
Anak saya no 3, perempuan belajar di Uitm Shah Alam. Pada 18 Mac 2020 pagi, dah ada ura-ura nak dilaksankan PKP 1, bermula 18 Mac, 2020. Dan pengumuman dibuat dalam tengahari hari tersebut. Saya pun call anak perempuan ke tiga saya ni, Alissa namanya, mintak dia balek kampung hari tu jugak.
Dijangka sampai ke station Batu Gajah, Perak dalam pukul 1.15 tengah malam. Kami jemput di station ERL Batu Gajah.
Alissa kata dalam coach tu ada 3 orang sahaja. Suspen sangat, dah macam dalam cerita 'Train to Busan'. Ada pemandu, 2 orang penumpang lelaki dan Alissa. Masa dia di station ERL KL Sentral, PDRM dah berkawal, anak saya bawa backpack sahaja, acah baru balek kerja. PDRM perati je dia. Dapat masuk ERL dah syurkur sangat. Boleh bayang tak situasi macam mana ma, KL Sentral sepi, tak ramai orang, PDRM ada di mana-mana...katanya.
Alhamdulillah dalam 20 minit dah sampai ke rumah.
Esok 20 Mac 2020, PKP memang dah mula dilaksanakan, perintah Lockdown dah dikuatkuasakan.
Saya ada anak kedua perempuan, Aina namanya. Internship di Penang. Pagi tu jugak 20 Mac 2020, saya suruh anak balek kampung naik bas. Kebetulan ada tiket dan pengangkutan awam dari Penang masih berjalan. Masa ni total lockdown dah mula, ada notis 2 hari untuk rakyat bersedia dengan lockdown mulai pengumuman pertama 18 Mac, 2020. Dia pun keluar dari rumah sewa, alhamdulillah ada bas ke Ipoh pagi tu, 20 Mac, 2020.
Aina sampai di bus station Penang, di station tersebut cuma ada penjaga kaunter bas, ada pengawal keselamatan dan beberapa buah teksi. Ada 2 ke 3 orang yang berjalan di sekitar kawasan bus station tersebut. Aina juga beritahu...suspen sangat. Dah kenapa semua orang tak ada. Apa dah jadi dengan bandar ni. Dia pun tak tengok update di TV. Baca komen di twitter pun ala kadar sahaja. Letih buat kerja internship katanya. Bandar ni dah diserang zombie ke apa? Sama la ni..suka tengok 'Train to Busan'.
Persoalan demi persoalan dalam fikiran. Nak call saya pun, tak ada masa katanya, sebab perhatian sentiasa fokus kepada keadaan sekeliling. Takut sangat ada apa-apa yang akan cederakan dia.
Bas sampai dan Aina terus naik bas yang ditunggu. Aina dapati dalam bas tersebut cuma ada sorang penumpang, chinese lady. Dia pandang Aina dan Aina pandang wanita tersebut, tanpa kata2. Raut wajah suspen kedua-duanya..... Sepanjang jalan tak banyak kenderaan. Sampai di tol juga tiada kenderaan. Cuma bas mereka.
Akhirnya sampai di Ipoh, ada ramai warga asing berkumpul di station bas Aman Jaya, Ipoh. Kecoh sangat dengan perbualan-perbualan, diselang seli dengan suara yang keras. Suspen giler..katanya. Takut nak tunggu lama, Aina terus ambil grab balek ke rumah kami. Charges grab memang cekik darah la pulak.
Saya pun huru-hara jugak, beli stok barang makan pada 20 Mac 2020. Tapi tak la banyak sangat. Tengok di rak-rak display barang, memang dah banyak yang kosong. Roti gardenia, jangan harap...memang licin..hehe
Pada petang 20hb Mac 2020 orang ramai dah mula membanjiri balai polis nak mintak kelulusan rentas negeri, sampai tengah malam barisan masih panjang.
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul sebelum sekatan PKP 1 dilaksanakan. Ada rakan-rakan anak terperangkap dengan PKP 1 tanpa dapat balek kampung. Berhari raya di perantauan. Bertahun lamanya tak dapat balek kampung. Rezeki kan Allah dah tentukan. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jadi PKP ini bagi keluarga kami adalah nikmat dan rahmat, kerana inilah kali pertama sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang paling lama kami berkumpul. Dalam 3 bulan jugaklah.
Selepas 3 bulan PKP1 berjalan....Syarikat-syarikat dah mula dibenarkan beroperasi.
Anak bujang Mino dipanggil balek bekerja di Pahang setelah 3 bulan duduk dirumah. Naik kereta orang satu Taman yang ada surat kecemasan balek jengok ibu sakit di Pahang. RM600 deal satu perjalanan balek Pahang.
Kilang baru bukak dan paling manis semasa tempoh 3 bulan tu dia ada order kereta baru.
Pada hari dia balek ke Pahang, terus ke showroom ambek kereta. Patut la tak nak renew roadtax motor. Motor yang ditinggal ada orang beli tak berapa lama kemudian.
Itulah ceritanya kenangan di PKP 2020...tambah lagi 1 cerita dalam PKP tahun 2021
Anak bungsu saya namanya Iman, masuk MRSM dalam 6hb Jun 2021. Kerana kes Covid-19 semakin tinggi, semua sekolah ditutup pada 6 Julai 2021. Sebulan sahaja duduk di asrama, selebihnya di rumah. Heaven giler kan...haha.
Sebulan jadi junior, tak lama lagi dah jadi senior. Semua barang yang dibeli dalam RM3k jugak...dah dalam stor. Katanya mungkin bulan 3 tahun 2022 baru sambung balek. Hrmm muat lagi ke tidak baju-baju tu...
PdPR dirumah memang la best bagi anak-anak. Makan, minum, baju semua siap, tak perlu beratur dalam semua hal. Mak ayah sentiasa ada di rumah.
Jika ada pengumuman terbaru dari Kerajaan, dia la yang paling awal tahu. Sebab utama memang nak duduk kat rumah lama-lama dan lama lagi....Kita ni risau prestasi pelajaran tak bagus.
Memang anak-anak tak boleh lari dari gajet dan game. Ini memang satu kelemahan dalam PdPR. Usaha saya tiap hari kena buat latihan Law of Attraction, lafaz dan tulis. "Anakku Iman memang tak minat dengan gajet dan game. Suka menghafaz Al-Quran dan belajar". Ulang-ulang ucapan ni.
Ada satu masa dia terbaca tulisan saya ni.....hahaha macam nak pecah perut dia ketawa, katanya "tak kan berjaya ma". Doakan saya berjaya dengan praktis LOA saya ni. Aamiin
Mak dan ayah saya serta di pihak mertua dah lama meninggal dunia. Jadi tiada keperluan nak rentas negeri.
Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang nak didustakan. Terima kasih Allah. PKP yang memberi nikmat dan rahmat kepada kami sekeluarga. Tak kaya tapi bahagia je rasanya. Mungkin sebab dah lama kami diuji.
Anda mesti ada cerita lagi best kan....bolehlah share....
Saya nak share hal lain jugak berkaitan diri saya di PKP. Ada bisnes siket-siket. Ni profile saya https://linktr.ee/JuneAmdan
Comments
Post a Comment