Fattah Amin - Pelakon Filem Lelaki Popular | #ABPBH32 #miimaland Tahniah kepada Fattah Amin seorang aktor yang sangat komited dengan disiplin sebagai seorang pelakon. Memenangi award sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular ABPH32. Popular kerana diminati oleh ramai peminat-peminat beliau. Ada netizen mempertikaikan kemenangan, tetapi perlu diingat, ini adalah kategori popular yang mencangkupi kriteria popular dari segi kebolehan berlakon, penampilan, kebolehan komunikasi dengan peminat, disukai ramai dan pelbagai disiplin popular yang lain yang menyebabkan Fattah berjaya membawa tropi Pelakon Filem Lelaki Popular ABPH32. Fattah Amin berjaya membawa trofi tersebut berdasarkan lakonan beliau dalam filem KL Special Force yang diarahkan oleh Syafiq Yusof. Bintang utama filem ini terdiri dari aktor lagend Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. KL Special Force telah ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan dikeluarkan oleh gabungan Skop Production, Damof...