Part VII : Kisah Cinta #fattzura: Kata-kata Fazura 'Jom kita kawen' bertukar kepada 'Jom Kita Berpisah' setelah 7 tahun bersama.
Aktres Fazura telah memfailkan penceraian sehari sebelum hari jadi Fattah iaitu pada 13 September 2024. Peminat pasti menanti-nanti sambutan hari jadi Fattah Amin pada 14 September 2024. Pada tahun-tahun yang telah lalu, majlis sambutan hari jadi Fatah akan sentiasa disambut dengan kemeriahan majlis yang dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga. Tahun 2024 merupakan tahun kesedihan buat pasangan ini dan sudah tentunya bagi peminat yang sentiasa mengikuti kisah cinta mereka klik sini rasa berdebar-debar menantikan akhirnya kisah penyatuan dua hati ini yang diharapkan kekal hingga ke Syurga Firdausi. Kisah cinta mereka bermula dengan kata-kata keramat dari Fazura di hari-hari mereka shooting drama bersiri Astro 'Hero Seorang Cinderella'. Fattah ada memberitahu, pada minggu pertama shooting drama HSC, secara tiba-tiba Fazura ada berkata 'jom kita kawen'. Fattah pastinya terkejut dan Allah sampaikan jodoh mereka bila bernikah pada 27 November, 2017, 9.50 malam. Pada...