Perancangan Allah SWT itu maha sempurna. Kebaikan demi kebaikan untuk pasangan #fattzura dihadirkan pada ketika dan waktu yang tepat. Perintah Kawalan Pergerakkan kerana Covid-19 dengan tanda pagar #dudukrumah memberi ruang untuk mereka berehat seketika dari aktiviti harian sebagai Selebriti yang sangat popular ketika ini. Sama-sama kita mendoakan kebaikan untuk pasangan #fattzura sehingga kelahiran bayi yang in shaa Allah sihat sempurna. Pengumuman pada 17 April 2020 oleh Nur Fazura di instagram beliau dengan kandungan masuk 4 bulan membayangkan kelahiran bayi juga in shaa Allah pada bulan September 2020. Bertepatan dengan bulan sambutan kelahiran Fattah Amin pada 14 September dan Nur Fazura pada 27 September. Yeayy baby September untuk #Fattzura.