Skip to main content

2025 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours

2025 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. Soft copy Provided.

PKP I DAN PERJALANAN MENDEBARKAN RENTAS NEGERI. TAK SANGKA DIA SANGAT YAKIN BOLEH LEPAS SEKATAN DALAM KEADAAN MACAM TU..

PKP I DAN PERJALANAN MENDEBARKAN RENTAS NEGERI. TAK SANGKA DIA SANGAT YAKIN BOLEH LEPAS SEKATAN DALAM KEADAAN MACAM TU..

Anak sulung saya, Mino namanya, balek kampung masa PKP1. Memang satu perjalanan yang mendebarkan, dengan hanya berbekalkan 1 surat yang di cetak warna sahaja. Kerana untuk pos surat makan masa yang lama.

Redah balek kampung dengan surat dari kami yang ada la buat bisnes Pembuatan Cili Boh di Perak. Anak saya ni, Mino, mulakan perjalanan dari Pahang.
Kalau ikutkan PKP 1 dulu memang susah nak lepas sekatan kecuali dengan surat dari majikan yang dicetak asli sahaja. Masa tu syarikat tempat dia kerja dah kena tutup sementara atas arahan PKP.
Mula dia bertolak keluar dari rumah pukul 4 pagi, biar redup katanya. Sampai sempadan nak keluar dari Pahang, PDRM kat sekatan tu suruh dia patah balek. Pukul 8 pagi baru boleh rentas negeri.
Baleklah kerumah semula, pukul 8 pagi baru bertolak semula, lepas la sekatan sempadan negeri. Dari pahang, melalui semua susur keluar..... kami semua kat rumah berdoa supaya lepas semua sekatan. Semua tengok map, Mino ni berada kat mana sekarang. Dia pun beri update dari masa ke semasa. Makan nasi bungkus di R&R yang tutup semua kedai makan atas PKP. Sepanjang perjalanan tenang, tak banyak kenderaan.
Ada sekatan yang banyak tanya, ada jugak yang senang, ada jugak yang kata...awak ni mana boleh pakai surat ni, awak kat Pahang buat apa. Berbekal muka comel dan poyo...lepas la jugak semua sekatan. Tipu sunat, saya dari rumah parent, nak pergi kerja. Ada panggilan kerja, halnya bukan nak pergi masuk kerja di syarikat baru, tapi nak balek rumah parent kat Perak. Tapi tak la tipu sangat sebab, dah kat sana kilang tutup, baik balek kampung bantu bisnes keluarga. Ya Allah ampunkan dosa kami.
Last sekali sekatan dekat rumah kami di depan Universiti Petronas Malaysia, Perak. Boleh tahan susah nak lepas. Akhirnya lepasla jugakk. Suspenkan....kalau tak lepas sekatan ni...ape cerita sekatan yang berbelas tadi yang PDRM lepaskan.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke rumah, kami pun makan2 bersama. Satu hal buat kami bersyukur, Mino kata roadtax motor dia sebenarnya dah mati beberapa minggu yang lepas, tak sempat renew dan geran motor pun tak ada dalam tangan...haha Allah memang dah beri rezeki pada Mino jumpa family. Semua sekatan nak tengok surat je, tak tengok roadtax. Bukan PDRM ambil leka, tetapi barisan kenderaan yang diperiksa terlalu banyak. Atas budibicara mereka mengkhusus kepada perkara penting sahaja. Mino kata sepanjang jalan, 6 jam tu...zikir ingat Allah tak henti.
Alhamdulillah. PKP pertama kami sekeluarga ada dirumah, masak dan makan ramai2. Ada orang berduka ketika PKP, Allah rezekikan kami dapat berkumpul macam tiap hari, hari raya ketika PKP1. Bisnes Cili Boh melonjak dua kali ganda. Alhamdulillah.
Saya masak macam masak ketika niaga restoran dulu...hehe. Kalau nak tahu macam mana nak buat restoran step-by-step boleh dapatkan di shopee. https://linktr.ee/JuneAmdan
Kita dah nak tinggalkan kenangan zaman PKP sebab tak lama lagi nak masuk fasa Endamik Covid-19 yang in shaa Allah tiada PKP lagi. Selamat berjuang kami ucapkan kepada semua. #pkp #endamikcovid19

Comments

Popular posts from this blog

Part I: Kisah Cinta #fattzura. Cinderella bertemu Hero Seorang Cinderella

   Kali ni saya ingin menulis berkaitan kisah cinta #fattzura. Sebagai kenangan dan simpanan peribadi dan juga untuk peminat-peminat Fazura dan Fattah. Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya. Pendahuluan Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka ...

Part II: Kisah Cinta #Fattzura...Kerana Solat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hero Seorang Cinderella Cinta Fattzura semakin bersemi di sini   Jun 11, 2017 Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. Sedikit profil Fazura di sini Pada 3 April 2017 merupakan hari pertama #fattzura dipertemukan di set pengambaran HSC. Ini merupakan sesi rehersal dialong. Diceritakan oleh Fazura, Fattah yang minta untuk buat rehersal. “boleh tak kita buat rehersal dialong?”. Fattah kata memang dia sangat gementar berlakon dengan Fazura. Mungkin sebab dalam hati dah ada getaran jodoh tu..yang gementar kan. Didedahkan dalam rancangan HLive Astro bersama #fattzura.  Sebenarnya Fattah kata dia memang gementar berlakon dengan Fazura yang memang otai dalam industri dan banyak memenangi ...

Fattah Amin, berbadan sado 6 pack jadi pilihan pengasas-pengasas produk.

Hmm handsome nyerr coffee prince...6 pack ok Credit to @fattahrians._2 : 😴😴😴 🎬#MyCoffeePrince 🎥 adlinabidin A post shared by Fattahaminz.my (@fattahaminz.my) on Oct 21, 2017 at 12:17am PDT