Langkau ke kandungan utama

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. Soft copy Provided.

Part VII : Kisah Cinta #fattzura: Kata-kata Fazura 'Jom kita kawen' bertukar kepada 'Jom Kita Berpisah' setelah 7 tahun bersama.

 



    Aktres Fazura telah memfailkan penceraian sehari sebelum hari jadi Fattah iaitu pada 13 September 2024. Peminat pasti menanti-nanti sambutan hari jadi Fattah Amin pada 14 September 2024. Pada tahun-tahun yang telah lalu, majlis sambutan hari jadi Fatah akan sentiasa disambut dengan kemeriahan majlis yang dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga.

Tahun 2024 merupakan tahun kesedihan buat pasangan ini dan sudah tentunya bagi peminat yang sentiasa mengikuti kisah cinta mereka klik sini rasa berdebar-debar menantikan akhirnya kisah penyatuan dua hati ini yang diharapkan kekal hingga ke Syurga Firdausi.



Kisah cinta mereka bermula dengan kata-kata keramat dari Fazura di hari-hari mereka shooting drama bersiri Astro 'Hero Seorang Cinderella'. Fattah ada memberitahu, pada minggu pertama shooting drama HSC, secara tiba-tiba Fazura ada berkata 'jom kita kawen'. Fattah pastinya terkejut dan Allah sampaikan jodoh mereka bila bernikah pada 27 November, 2017, 9.50 malam.



Pada hari ini 25 September 2024, Fattah Amin memohon penangguhan lafaz cerai sehingga 7 Oktober 2024 akan datang. Fazura juga nampaknya telah memberi isyarat 'jom kita berpisah' bila memfailkan penceraian dengan Fattah Amin dan melalui posting di Instagram beliau hari ini, Fazura membayangkan akan kekal dengan keputusan untuk berpisah dengan Fattah. 

Semoga keajaiban berlaku dan Allah SWT makbulkan doa baik-baik dari orang ramai. Orang ramai sentiasa berharap dan berdoa semoga kasih dan cinta mereka kembali bertaut dengan lebih kukuh lagi.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Part II: Kisah Cinta #Fattzura...Kerana Solat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hero Seorang Cinderella Cinta Fattzura semakin bersemi di sini   Jun 11, 2017 Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. Sedikit profil Fazura di sini Pada 3 April 2017 merupakan hari pertama #fattzura dipertemukan di set pengambaran HSC. Ini merupakan sesi rehersal dialong. Diceritakan oleh Fazura, Fattah yang minta untuk buat rehersal. “boleh tak kita buat rehersal dialong?”. Fattah kata memang dia sangat gementar berlakon dengan Fazura. Mungkin sebab dalam hati dah ada getaran jodoh tu..yang gementar kan. Didedahkan dalam rancangan HLive Astro bersama #fattzura.  Sebenarnya Fattah kata dia memang gementar berlakon dengan Fazura yang memang otai dalam industri dan banyak memenangi ...

Part I: Kisah Cinta #fattzura. Cinderella bertemu Hero Seorang Cinderella

   Kali ni saya ingin menulis berkaitan kisah cinta #fattzura. Sebagai kenangan dan simpanan peribadi dan juga untuk peminat-peminat Fazura dan Fattah. Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya. Pendahuluan Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka ...

Part III: Kisah Cinta #fattzura..Drama HSC momen 'Jodoh Pasti Bertemu'

  Seperti sebuah lagu 'Jodoh Pasti Bertemu' yang sering dinyanyikan oleh Fattah dan bff, sudah tentunya Jodoh yang telah ditentukan oleh Allah Swt akan bertemu. Bila bertemu dan dimana bertemu kita tak tahu. Begitu juga dengan #fattzura. Saksikan momen-momen manis jodoh #fattzura bertemu. Jodoh Pasti Bertemu  di sini 3 April 2017. 1st day shooting HSC. Sweet sangat masa ni…mula2 shooting pun dah bersemut sampai Nuramedina a.k.a Fazura pun boleh tarsasul. Macam mana tu…otai pun boleh tersyasul…gementar punya pasal berdepan dengan hero agaknya. Atau memang gementar bila perasaan jodoh dah ada depan mata? Tanya ja…hahaha. Tu kat belakang tu si Aca yang terlebih happy nampaknya.  Antara adegan HSC sebelum perpindah lokasi pengambaran ke Pulau Perhentian. Peminat penyokong Fattah memang dah lompat bintang masa ni. Memang sweet tambahan pula sepanjang HSC ini setiap interview Fazura dengan akhbar-akhbar tempatan sentiasa memuji Fattah dengan menolak statement laku...