Langkau ke kandungan utama

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours

2026 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. Soft copy Provided.

Part III: Kisah Cinta #fattzura..Drama HSC momen 'Jodoh Pasti Bertemu'



 Seperti sebuah lagu 'Jodoh Pasti Bertemu' yang sering dinyanyikan oleh Fattah dan bff, sudah tentunya Jodoh yang telah ditentukan oleh Allah Swt akan bertemu. Bila bertemu dan dimana bertemu kita tak tahu. Begitu juga dengan #fattzura. Saksikan momen-momen manis jodoh #fattzura bertemu. Jodoh Pasti Bertemu di sini

3 April 2017. 1st day shooting HSC. Sweet sangat masa ni…mula2 shooting pun dah bersemut sampai Nuramedina a.k.a Fazura pun boleh tarsasul. Macam mana tu…otai pun boleh tersyasul…gementar punya pasal berdepan dengan hero agaknya. Atau memang gementar bila perasaan jodoh dah ada depan mata? Tanya ja…hahaha. Tu kat belakang tu si Aca yang terlebih happy nampaknya.


 Antara adegan HSC sebelum perpindah lokasi pengambaran ke Pulau Perhentian. Peminat penyokong Fattah memang dah lompat bintang masa ni. Memang sweet tambahan pula sepanjang HSC ini setiap interview Fazura dengan akhbar-akhbar tempatan sentiasa memuji Fattah dengan menolak statement lakunan ‘kayu’ selama ini. 
Berita penuh di sini
 
 Fazura adalah seorang yang sentiasa berjuang secara halus membantu Fattah meninggalkan perkataan yang tak berapa nak suka bila baca statement ‘kayu’ tu di dada akhbar. Pada saya pun memang dah tak sepatutnya gelaran yang tak bermotivasi tu diletakkan pada pelakon berbakat macam Fattah Amin. Sebenarnya nak bawa watak romantik jauh lebih susah berbanding dengan watak aksi…haha pada pendapat peribadi saya. Kerana saya lihat ramai ja pelakon otai gagal bawa watak romantik berbanding watak aksi. Nak saya sebutkan..? Atau ramai juga pelakon otai yang berlakon drama tak boleh nak jual drama tu. Drama juga mudah dilupakan oleh orang ramai.
  Tapi HSC bagi yang minat termasuk penulis puluhan kali ulang-ulang tengok masih tak jemu. Minat ni tak boleh nak dibuat-buat. Datang dari hati…kannn, tak gitu semua fans #fattzura?
Bagi yang minat pelakon lain silakan…kerana semua manusia punya minat yang tak sama. Cap ibu jari pun tidak ada satu pun di seluruh umat manusia atas muka bumi dan di bulan yang sama. Justeru janganlah berbalah antara satu sama lain.


Ini gambar dari Ig story @zezieezate….dengan caption bunga-bunga cinta telah bermula..haha lebih kurang macam tu lah.  Wohooo…pelakon senior pun dah mula nak gandingkan, fans pun apa lagi..semakin lompat bintanglah. Pelbagai posting yang sweet-sweet mula menghiasi time line Instagram. Penulis pun tak ketinggalan untuk scroll ig berpuluh-puluh kali setiap hari…dari pagi sampai pagi esok. Haha siapa antara anda yang macam tu..jangan tak mengaku ok. Banyak lagi BTS yang sweet2 kat sini
Sebenarnya pada pandangan saya fans Fattah ni semuanya behave dengan caption mereka.  Mereka masih menghormati perasaan Fattah yang masih bersedih dengan peristiwa teman tapi mesra yang lalu.
Kebanyakan posting mereka lebih kepada menghiburkan hati Fattah Amin, rakan-pelakon, crew HSC dan sudah pasti suka kacau heroin HSC yang sangat manis dan merendah diri. Lagi Fans kacau, Nura Medina tetap maintain sopan. Itulah kelebihan Fazura yang sentiasa menjaga batas pergaulan dengan rakan-rakan lelaki dalam HSC.


Ini bts pada 6 April 2017, hari ke-3 shooting HSC. Memang sepadan… Adegan pada hari ini merupakan adegan setelah mereka menjadi suami-isteri. Fazura kata agak susah al-maklum hari ketiga dah nak belakun cintan-cintun. Susahkan…tapi pada pandangan saya Fazura banyak menghidupkan suasana dan memberi keselesaan kepada Fattah Amin untuk berlakon dengan cemerlang.
Errmmm...penulis macam dah boleh hidu rasa cinta mereka berdua ni dah mula berputik. Seketul hati manusia dalam genggaman Allah Swt. Pada bila-bila masa Allah SWT boleh beri rasa suka, rasa senang, rasa cinta, rasa tenang dan pelbagai perasaan lagi. Inilah yang berlaku dengan Fattah Amin dan NurFazura. Memang mereka tak tunjuk tapi fans sebagai orang luar yang setiap hari menilai riaksi wajah mereka, sudah boleh meneka-neka apa yang berlaku antara mereka. Fans apalagi dengan pelbagai kebolehan buat dan edit video serta gambar. Bts yang sweet tahap potong kaki memang sentiasa berlegar-legar dari satu ig ke ig yang lain. Repost dan repost lagi tanpa jemu. Lihat di sini

Wajah Nura Medina yang manis dan jelita yang telah terpahat di hati Fattah Amin. Day 3, 4 April 2017.
Adakah ini saatnya hati mereka berdetak dan jatuh cinta…tak siapa tahu. Kena tunggu buku kisah cinta #fattzura yang real hasil tulisan mereka. Mohonlah #fattzura buat sebuah buku dengan ayat-ayat cinta yang indah dan gambar-gambar yang romantik.
BTS HSC day 4, 8 April 2017. Ini tengah rehersal atau…….kena tanya Dasha, PA Fazura yang comel kat belakang tu nampaknya. Atau pada Sherry yang ada produk awesome sendiri, kek batik yang cukup sedap atau kena tanya Abu yang juga ada disitu.
 
BTS HSC pada  18 April 2017. Adegan terakhir sebelum mereka bertukar lokasi ke Pulau Perhentian, Terengganu. Merdeka…merdeka…merdeka!. Korang ingat tak lagi? Siapa yang baru lepas exam boleh laungkan perkataan merdeka…merdeka!. Kalau ada yang tak berapa follow sangat dan tak ingat silalah ke IG di kalangan fans  @fattahaminz atau @missfazura. Guna ja #fattzura #hsc ...keluarlah semua hal yang berkaitan mereka.

BTS HSC 20 April, 2017. #fattzura berpindah lokasi pengambaran Ke Pulau Perhentian, Terengganu. Masih agak kekok tetapi uqasa @uqashasenrose2 merupakan rakan artis yang sering merapatkan hubungan mereka. Uqasa sudah menganggap Fazura bagai kakak kandung sendiri dan senang kiranya beliau berteman dan mesra dengan Fattah Amin. Dapatkan berita di sini
Berita di berita harian , U-tube .

 

20 April 2017, baru sampai ke perhentian dah ada scene. Wah Tengku Ian dan Nura Medina. Masih malu-malu di situ.



   Cinta #fattzura berputik di Pulau Perhentian

BTS HSC 21 April 2017. Scene ini tak ada dalam drama HSC dan rasanya macam tak ada gelas nescafe ais di situ. Jadi renungan mata dan dialog hati dan perasaan yang bagaimana kita nak terjemahkan ya. BTS day 18 di sini



BTS HSC 21 April 2018. Wah sweet betul dua ketui ni…ramai dah tercium bunga-bunga cinta antara Tengku Ian dan Nura Medina bukan sahaja dalam drama tetapi real. Antaranya Mr. mike @michaelang38.  Saksi bunga-bunga cinta ketika #fattzura di Hlive di sini

 
Cantik sekali Nura Medina dengan OOTD hari ni April 25, 2017. Macam manalah hati Tengku Ian tak terpikat dalam dunia nyata. Tambahan pulak dengan sikap real Fazura yang sentiasa ambil berat dan suka menolong orang lain walau dalam apa juga keadaan. Sopan santun dan sentiasa menghormati orang lain baik yang berusia lebih tua mahukan lebih muda dari beliau. Ini yang memikat hati  Fattah Amin seperti yang sering didedahkan oleh Fattah untuk beliau jatuh cinta dengan Fazura. Dapatkan pendedahan percintaan mereka di astro awani.com di sini.


Nantikan posting Cinta Termenterai di Amsterdam, lokasi pengambaran HSC yang terakhir...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Part II: Kisah Cinta #Fattzura...Kerana Solat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hero Seorang Cinderella Cinta Fattzura semakin bersemi di sini   Jun 11, 2017 Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. Sedikit profil Fazura di sini Pada 3 April 2017 merupakan hari pertama #fattzura dipertemukan di set pengambaran HSC. Ini merupakan sesi rehersal dialong. Diceritakan oleh Fazura, Fattah yang minta untuk buat rehersal. “boleh tak kita buat rehersal dialong?”. Fattah kata memang dia sangat gementar berlakon dengan Fazura. Mungkin sebab dalam hati dah ada getaran jodoh tu..yang gementar kan. Didedahkan dalam rancangan HLive Astro bersama #fattzura.  Sebenarnya Fattah kata dia memang gementar berlakon dengan Fazura yang memang otai dalam industri dan banyak memenangi ...

Part I: Kisah Cinta #fattzura. Cinderella bertemu Hero Seorang Cinderella

   Kali ni saya ingin menulis berkaitan kisah cinta #fattzura. Sebagai kenangan dan simpanan peribadi dan juga untuk peminat-peminat Fazura dan Fattah. Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya. Pendahuluan Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka ...