Skip to main content

2025 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours

2025 Editable HR template. ISO9001 Certified Copy. DIY in 24 hours
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. Soft copy Provided.

Part I: Kisah Cinta #fattzura. Cinderella bertemu Hero Seorang Cinderella


  

Kali ni saya ingin menulis berkaitan kisah cinta #fattzura. Sebagai kenangan dan simpanan peribadi dan juga untuk peminat-peminat Fazura dan Fattah.

Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin.

Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Pendahuluan

Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka akan bertanya atau bercerita sesuatu yang menarik berkaitan Fattah Amin pada mulanya. 

Setelah hero dan heroin HSC ini mendirikan rumah tangga, pertanyaan mereka berkaitan #fattzura pula. Tiada orang lain sebagai rujukan kerana meraka tahu sayalah peminat tegar #fattzura baik dari segi kumpulan berita, akaun Instagram atau apa juga produk dari mereka.

Rentetan dari situ saya melihat keperluan untuk menulis sedikit memori saya berkaitan #fattzura dalam blog ini. Saya katakan secebis kerana mungkin ada banyak fakta yang tidak  tepat kerana kebanyakannya adalah bersumber dari akaun-akaun Instagram, suratkhabar atas talian dan majalah fizikal sahaja. Ianya bukanlah bersumber dari temubual terus dengan #fattzura.
 Justeru sekiranya ada beberapa fakta berselisih masa atau tempat, itu adalah kelemahan saya. Sebenarnya blog ini bukanlah berbentuk kronologi yang tepat untuk menceritakan masa dan tempat yang tepat. Bukan juga seperti thesis yang memerlukan penyelidikan dan fakta yang tepat.
Saya menulis blog ini hanya sebagai hiburan dan ingin menjadi sebahagian sejarah kisah cinta #fattzura. Berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan yang saya rasa kerana kisah cinta #fattzura yang singkat yang berakhir dengan pernikahan. Semoga #fattzura bahagia hingga mengecapi manisnya syurga Firdausi bersama. In shaa Allah. Aamiin. Kegembiraan itu juga yang saya ingin kongsikan dengan peminat #fattzura dan juga kepada sesiapa juga yang ingin mengetahui kisah cinta #fattzura.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada individu atau organisasi  sebagai sumber rujukan tulisan saya. Sebahagian besarnya saya ada berikan kredit di bahagian akhir buku ini. Terima kasih banyak dan semoga semua pembaca dapat membaca buku ini dengan rasa bahagia dan semangat positif kerana hidup kita amatlah singkat dan semua yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Tiada suatu yang kekal dan tidak ada satu pun milik kita sebenarnya. Kita sendiri yang memilih untuk menjadi seorang yang bahagia, bukan orang lain. Jadi pilihlah hidup dengan fikiran positif dan bahagia apabila melihat orang lain bahagia. Salam bahagia dari saya…June Hamdan


Mukaddimah


Figura hero drama Hero Seorang Cinderella yang dilahirkan pada 14 September 1990 memang menjadi kegilaan peminat. Entah kenapa figura tampan, sado dan kacak Abdul Fatah Bin Mohd Amin menjadi satu tumpuan media social baik dalam bentuk bercetak atau maya. Bukan kerana kehadiran figura kacak ini tidak diketahui sebelum ini. Malah bilangan drama popular dibintangi Fattah Amin memang menjadi dambaan peminat tanah air. Tetapi sebenarnya ada sesuatu yang menarik berkaitan Fattah Amin menjadikan beliau menjadi tarikan utama baik peminat dari kalangan yang berusia hinggalah kepada anak-anak yang baru pandai berjalan. Satu tarikan yang sukar untuk diceritakan, tapi memang suka sangat nak tengok si Fattah ni kata mak-mak ketika membawang.
Walau hanya baru 5 tahun berkecimpung dalam industri seni nama Fattah Amin tidak perlu diperkenalkan lagi. Ketinggian sosok tubuh badan berukuran 6 kaki seperti model antarabangsa dan mempunyai wajah yang tampan menjadikan Fattah Amin menjadi pilihan sebagai hero dalam setiap drama yang dibintangi beliau. Adakah kerana tampan dan sado sahaja menjadi sandaran. Sebenarnya tidak sama sekali kerana setiap kali berlakon pasti drama tersebut mendapat jumlah tontonan yang tidak mengecewakan dengan pretasi lakonan  yang semakin meningkat dari satu drama ke satu drama yang lain.
Walau bagaimanapun badi dari lakonan yang agak kekok dalam drama pertama lakonan beliau iaitu ‘Playboy itu Suamiku’ menjadikan nama Fattah Amin sinonim dengan lakonan yang kaku dan ‘kayu’. Perlu diingat bahawa Fattah Amin sebenarnya memulakan kerjaya dalam industry hiburan setelah mendapat kemenangan dalam Pertandingan Hero Remaja 2012 seangkatan dengan Syafiq Kyle, Shahrul Ridzuan, Fendy Bakri dan ada beberapa pelakon lain.


   Fattah Amin sebenarnya bermula dengan kerjaya sebagai model tanpa sebarang asas lakonan pada ketika melakonkan watak sebagai dalam ‘Playboy itu Suamiku’.
Semua bidang memerlukan latihan dan pengalaman untuk berjaya dan cemerlang. Sama ada cepat atau lambat pasti kemuncak kerjaya akan dicapai. Begitu juga halnya dengan Fattah Amin. Setelah 5 tahun, pencapaian kerjaya beliau memang tidak boleh dipandang sebelah mata. Malah sangat cemerlang selari dengan perlantikkan beliau sebagai duta produk jenama antarabangsa dan tempatan berbanding dengan rakan-rakan seangkatan beliau.
Sebenarnya gadis manis Nur Fazura adalah orang yang sering muncul di media dan menepis tanggapan 'kayu' tersebut setelah digandingkan dalam drama HSC Link berita Ini baru dikatakan cinta sejati. Melindungi dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada sahabat baik pada ketika itu. Sekarang saya pasti tiada lagi perkataan 'kayu' bermain di sosial media. Malu rasanya kalau ada orang yang sebut dan pastinya orang tersebut akan dimalukan. Tahniah Cinderella.
                                                            
 Duta Produk
Bolehkah kita mengenalpasti satu produk yang gagal dalam pasaran setelah Fattah Amin menjadi duta produk tersebut? Pasti kita tidak dapat menamakannya. Bermula sebagai duta produk pertama Safi pada tahun 2015 hingga sekarang, pelbagai produk berlumba-lumba untuk mengambil Fattah Amin sebagai duta mereka.
Comel tak hero masa 2015. Comel ja kan tapi taklah sado macam sekarang.

Satu hal yang kita tidak boleh nafikan disebalik mempunyai pakej tampan, tinggi tubuh badan dan sado adalah keperibadian beliau dalam kategori ‘A++’. Malah prestasi keperibadian beliau tidak seperti graf pasaran saham di mana sentiasa ada turun naik tidak tentu masa. Inilah yang dikatakan jati diri beliau. Kesopanan, merendah diri, sentiasa menghormati orang yang lebih berusia baik  dari kalangan saudara mara, kawan-kawan lama, kawan baik, rakan-rakan satu kampus dan rakan artis dalam industri.
Mengutamakan ibu ayah adalah satu perkara yang memberi rahmat dan reda Allah Swt kepada Fattah Amin dalam kerjaya dan bisnes beliau disamping usaha serta kerja keras sebagai ikhtiar utama. Tidak melatah dalam setiap isu atau gossip. Sesuatu yang paling mahal dan membuatkan ramai gadis jatuh cinta kepada figura Fattah Amin kerana beliau antara artis yang sentiasa menjaga solat. Adakah si manis Fazura jatuh cinta kerana ketelitian beliau menjaga solat? Ya inilah faktor utama kerana Fazura pernah mendedahkan bahawa beliau mula tertarik dengan Fattah Amin setelah melihat Fattah solat berseorangan di dalam bilik ketika masih menjalani sesi shooting pada hari tersebut.
Sehinggalah saat saya menulis ini figura Fattah Amin masih menjadi perhatian utama peminat dan menguasai time line Instagram.  Sebenarnya jika nak diceritakan, setiap hari pasti ada sahaja cerita menarik berkaitan beliau. Menulis dan membukukan cerita beliau pasti tiada hentinya.
Justeru saya tidak mahu menjadikan mukaddimah ini menjadi sesuatu yang panjang berkaitan Fattah Amin. Saya terus fokus kepada tajuk blog ini iaitu Kisah Cinta #fattzura. Saya meneruskan tulisan ini dengan ringkas berkaitan kisah cinta unik seperti cerita dongengan Putera Raja, Fattah Amin dan Cinderella Nur Fazura si gadis manis yang berjaya menambat hati jejaka rebutan gadis-gadis Malaya ini. Fatah Amin a.k.a hero.


   Tahun 2017 dan lagu ‘Wanita Terakhir’
Sambutan tahun baru 2017 merupakan kali pertama diraikan oleh Fattah Amin di London bersama rakan-rakan pengurusan beliau. Pada malam tahun baru dilancarkan lagu ‘Wanita Terakhir’ sebagai single ke-dua hero selepas lagu ‘Hero Untuk Mu’ yang dilancarkan pada tahun  2016.
Lagu ‘Wanita Terakhir’ memang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh peminat hero drama Suri Hati Mr. Pilot kerana sering digandingkan atau digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan heroin drama tersebut. Sekadar gossip kerana tidak ada seorang pun di antara mereka mengesahkan hubungan lebih dari seorang rakan artis.
Gossip memang bertebaran dan banyak juga berlaku salah sangka antara mereka. Begitu juga dengan sangkaan dari peminat. Arus media social dibuai dengan cerita-cerita berkaitan lagu ‘Wanita Terakhir’ dan kaitannya dengan persoalan siapakah wanita terakhir tersebut.
Hari berlalu dan teka-teki status hubungan mereka semakin panas. Pelbagai pihak inginkan kepastian. Wartawan-wartawan mengejar berita berkaitan dengan kesahihan status kisah perhubungan hero dan heroin SHMP ini. Ada kalanya wartawan-wartawan semakin memanaskan arus media dengan memberikan tajuk-tajuk berita yang keliru. Tidak tahu apa tujuan mereka. Satu yang kita tahu sudah pasti ingin melariskan majalah atau media cetak  dalam perlbagai medium keluaran organisasi mereka. Sebenarnya kisah sebenarnya hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu.
Sehinggalah pada satu tanggal 4 Februari 2017 meleraikan kisah hubungan antara mereka. Saya akan menulis dengan lebih menarik di lembaran hadapan.
Lagu Wanita terakhir ini akhirnya dengan tepat memberi keistimewaan kepada seorang ibu yang tiada duanya. Fattah Amin menghadiahkan lagu Wanita Terakhir ini kepada ibu beliau pada majlis WANITA TERAKHIR GALA DINNER anjuran  @AJdeparfume di Sunway Putra Hotel, 29 April 2017.

 Pada sambutan gala dinner ini sebuah video yang pertama kalinya di paparkan kepada umum, memperlihatkan ibu Azizah memberi kata-kata semangat untuk seorang anak sulung beliau bernama Abdul Fattah bin Mohd Amin. Berlinangan air mata ibu Azizah  melihat, merasakan dugaan dan cabaran hidup yang dilalui oleh hero. Semakin disayangi ramai semakin tinggi juga dugaan yang datang kata ibu dan meminta Fattah tidak membalas semula semua cemuhan dari orang-orang yang tidak berapa meminati beliau. Sentiasa bersabar dan bersangka baik. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab. Akhirnya bahagia milik Fattah Amin.

Pada malam itu juga, sudah pasti berjuraian juga air mata peminat melihat video tersebut. Eh! macam tahu. Pastinya penulis juga merupakan salah seorang yang menitiskan air mata pada malam tersebut. Sebenarnya ramai yang ada dibelakang hero dalam menghadapi momen dukacita ini.
Selain ahli keluarga, rakan-rakan pengasas produk dan kawan-kawan sekeliling yang sentiasa teguh di belakang beliau adalah ubat mujarab ketika berhadapan dengan apa juga dugaan dan cabaran.
Walaupun pelbagai kontroversi berkaitan lagu ‘Wanita Terakhir’, Fattah Amin menghargai lagu ini sebagai pembuka jalan kepada single yang lain. Lagu ini membuka pintu sillaturrahim dengan penyanyi dan pencipta lagu Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Hero sangat menghargai persahabatan ini hinggalah sekarang.
4 Februari 2017 dalam kenangan


Seraut wajah seorang hero yang berani berhadapan dengan apa juga kontroversi. Inilah yang dikatakan berani kerana benar. Kebenaran mendorong perkara yang baik-baik berlaku dalam hidup Fattah Amin. Lihat Meet & Greet ini


Meet & Greet peminat bersama hero dan heroin drama Suri Hati Mr. Pilot bertempat di Riyaas Space Event pada tanggal 4 Februari 2017 merungkai semua kegelisahan dan persoalan peminat-peminat berkaitan status hubungan mereka. Lihat di sini
Petang itu menjadi saksi kepada semua peminat yang hadir bahawa ikatan mesra melebihi status pasangan bersama dalam drama tersebut telah pun berakhir. Peminat masih tidak percaya pada awalnya. Setelah diperjelaskan dengan lebih mendalam oleh Fattah Amin baharulah peminat menyedari bahawa memang hubungan teman tapi mesra mereka sudah berakhir.
Masihkah anda ingat dengan kata-kata ‘we were together’. Lucu banget deh!. Semua orang buka kamus untuk cari tahu apakah maksud sepotong ayat tersebut sebenarnya.  Beberapa ketika peminat masih tidak percaya dan sentiasa mengharapkan hubungan #lofattah tidak berakhir begitu sahaja. Saya tidak ingin menulis panjang berkaitan ini, sekadar menyentuh sedikit sahaja.
Tetapi siapalah kita sebagai makhluk ciptaan Allah yang melata di bumi. Tidak ada satu pun dalam keseluruhan isi langit dan bumi milik kita. Semua punya Allah Swt. Maka Dia yang maha mengatur kehidupan makhluknya. Begitu juga halnya dengan hubungan mesra hero dan heroin drama Suri Hati Mr. Pilot ini.

Mulai detik inilah mulanya perpecahan sokongan terhadap #lofattah. Ada sebahagian peminat menyokong terus hero dan sebahagiannya pula menyokong heroin SHMP. Perbalahan demi perbalahan peminat sentiasa ada di media sosial. Ada kalanya juga sokongan peminat bertukar arah. Pastinya peminat yang bertukar arah mendapat tentangan dari kelompok mereka sendiri.
Detik semakin pantas berlalalu, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan akhirnya bulan berganti tahun. Kelihatannya kontroversi semakin berkurangan dan ramai peminat sudah dapat merima takdir Allah bahawa jodoh itu adalah ketentuan dari Allah Swt.
Semoga kita semua sentiasa menebarkan kasih sayang antara kita kerana tiada ubat yang lebih mujarab dalam kehidupan selain kasih sayang.

'MOVE ON'

The Sarimah Show ada menampilkan temubual pendek berkaitan maksud Cinta Sejati bagi Fattah Amin. Pendek sahaja jawaban hero. CINTA SEJATI ITU ADALAH KESETIAAN. Pada pandangan saya, pada ketika tiada kesetiaan maka hero mengambil langkah ‘move on’. Lihat di sini.


Kesibukan hero dalam dunia hiburan dan kerjaya beliau berjaya menepis isu-isu percintaan. Antaranya Pelancaran Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin bertempat di NU Sentral, KL pada 11 Februari 2017.

 
 Tidak sampai 2 minggu selepas pelancaran, Buku 99 kata-kata Fattah Amin telah berjaya masuk carta buku paling laris di pasaran. Ini  membantu mengisi kesedihan hati Fattah Amin. Masa terus berlalu dengan aktivi dengan klien-klien di mana beliau menjadi duta produk mereka.

Tujuan sebenar saya meletakkan gambar-gambar aktiviti ini adalah sebagai merakam wajah-wajah manis hero dalam semua keadaan walau baru sahaja menghadapi dugaan pahit dalam hidup. Inilah yang dinamakan betapa professional sikap hero dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang sentiasa menjaga sara hidup keluarga walaupun ibu dan ayah beliau mempunyai pekerjaan dan perniagaan sendiri.
Hero mempunyai ciri-ciri idola yang memperlihatkan motivasi kepada anak-anak muda diluar sana bahawa jika kita telah meletakkan destinasi atau matlamat hidup, maka usahakan dengan penuh keiklasan dan kesungguhan.
 

 Meet & Greet Fattah Amin bersama Olicandy bertempat di De’Gouffron, TTDI pada 11 februari 2017. Wajah hero masih segar dan menarik perhatian ramai.

Pada hari-hari biasa mulai awal tahun 2017, aktiviti Fattah diselang-selikan dengan penggambaran drama Dia Anak General, 26 episod yang telah ditayang di RTM2 mulai 24 Januari 2018 dengan menunggu hampir setahun baru drama ini ke udara. Malah pada hari kejadian 4 Februari 2017, Fattah masih menghabiskan baki-baki pengambaran drama tersebut.
Drama ini merupakan drama pertama terbitan Fattah Amin. Diarahkan oleh Khalid Nadzri dan watak utama pastinya dipegang oleh hero dan Niena Baharum. Sebuah drama yang sangat menarik untuk ditonton dengan tema kekeluargaan dan percintaan. Walau pelbagai dugaan melanda tetapi wajah Fattah Amin dalam drama ini sangat bercahaya. Haha..tak percaya. Cuba anda tonton lagi sekali. Apa rahsia agaknya?

Beliau juga masih sempat untuk membantu memajukan bisnes keluarga. Photoshoot untuk tujuan promosi dan pemasaran Stalkers Café pada 5 March 2018. Mungkin ini rahsia wajah berseri-seri kerana sentiasa memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah.
Ramai yang buat review berkaitan dengan makanan dan minuman yang disajikan di Stalkers Café. Rata-rata mereka sangat berpuashati dengan semua hidangan yang disajikan. Kepada yang belum sampai ke sana, silalah segera ke sana. Untung sabut timbul dan dapat berjumpa dengan Fattah Amin, ibu Azizah dan ayah Encik Mohd Amin. Anda juga boleh terus sahaja ke Instagram @stalkerscafe_  .Fattah Amin memegang jawatan sebagai CEO syarikat keluarga beliau ini.
 
Manisnya senyummu…haha saya tahu ramai yang cakap dalam hati macam tu kan. Adakah anda juga tersenyum simpul melihat wajah hero di atas. Ini adalah merupakan gambar dari Meet & Greet FATTAH AMIN x AJ Deparfum TIMOR FEST 9.0 TOUR PENANG pada 25 Februari 2017. Hanya 3 minggu selepas peristiwa 4 Februari yang lalu.
Review produk dari pengguna, mereka sangat berpuashati dengan produk AJ DeParfum. Wangian dari AJ Deparfum boleh dibawa untuk bersolat dan tahan lama.  Pada saat blog ini ditulis syarikat AJ Deparfum telah menjadi sebahagian dari milik Fattah Amin dan beliau juga memegang jawatan sebagai CEO syarikat tersebut setelah Stalkers Café. AJ Deparfum bukan sahaja menawarkan pewangi badan malah ni ada juga pewangi untuk kenderaan dan boleh didapati di stesen minyak Petronas terpilih. Anda juga boleh membeli secara atas talian dari akaun Instagram @ajdeparfum

  
Doa Jodoh Dimakbulkan Allah Swt


Fattah mengerjakan umrah buat pertama kali pada Mac 2017. Pada 25 Mac 2017  Fattah telah memohon Allah Swt kabulkan doa untuk punya permaisuri di kerajaan hatinya, seorang suri hati yang membawa anak-anak, kegembiraan dan memberi kenyamanan di mata dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah Swt. Percaturan Allah Swt memang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia. Alhamdulillah, dalam tempoh 8 bulan sahaja, Allah Swt memberi jodoh dengan seorang permaisuri yang punya ciri-ciri sama seperti dalam doa beliau pada tarikh 27 November 2017.
 




Kisah Hero Seorang Cinderella



Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. BTS HSC day 1 di sini

Nantikan manisnya cinta #fattzura di lokasi HSC........

Pengakuan Nur Fazura Teruja Digandingkan dengan Fattah Amin dalam HERO SEORANG CINDERELLA Klik sini

Sumber foto adalah dari instagram @fattahaminz, @misfazura dan kumpulan gambar dari ig saya yang dah di hacked dulu. @fattahaminz_diary

Comments

Popular posts from this blog

Part II: Kisah Cinta #Fattzura...Kerana Solat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Hero Seorang Cinderella Cinta Fattzura semakin bersemi di sini   Jun 11, 2017 Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. Sedikit profil Fazura di sini Pada 3 April 2017 merupakan hari pertama #fattzura dipertemukan di set pengambaran HSC. Ini merupakan sesi rehersal dialong. Diceritakan oleh Fazura, Fattah yang minta untuk buat rehersal. “boleh tak kita buat rehersal dialong?”. Fattah kata memang dia sangat gementar berlakon dengan Fazura. Mungkin sebab dalam hati dah ada getaran jodoh tu..yang gementar kan. Didedahkan dalam rancangan HLive Astro bersama #fattzura.  Sebenarnya Fattah kata dia memang gementar berlakon dengan Fazura yang memang otai dalam industri dan banyak memenangi ...

Fattah Amin, berbadan sado 6 pack jadi pilihan pengasas-pengasas produk.

Hmm handsome nyerr coffee prince...6 pack ok Credit to @fattahrians._2 : 😴😴😴 🎬#MyCoffeePrince 🎥 adlinabidin A post shared by Fattahaminz.my (@fattahaminz.my) on Oct 21, 2017 at 12:17am PDT