#MRPdietxFattahAmin
Tahniah sekali lagi kepada aktor kacak Fattah Amin
kerana kali ini beliau telah maju setapak lagi dalam dunia
keusahawanan. Beliau telah mengeluarkan produk penjagaan kesihatan
sendiri setelah sekian lama menjadi duta produk keluaran rakan-rakan
beliau.
Fattah
Amin telah menubuhkan syarikat
sendiri dan menjadi Presiden MRP
International Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Pavilion, Kuala Lumpur.
Produk ini telah secara rasmi dihebahkan kepada umum pada 10hb.
Oktober, 2017 melalui instagram beliau . Pelancaran rasmi telah
diadakan pada 14hb. Oktober, 2017 seiring dengan temubual pertama dalam
rancangan 'Only One With Irwan' terbitan TV Alhijrah yang
berlangsung di Persada Johor.
Perjumpaan
dengan ramai peminat MRP di Persada Johor telah berlangsung
dengan jayanya. Rata-rata pengunjung karnival usahawan anjuran @bahteraofficial itu memuji
kebolehan Fattah Amin berinteraksi dengan mereka walaupun itu merupakan
kali pertama Fattah Amin memberikan ucapan kepada umum dalam kapasiti
melebihi 1,800 pengunjung dalam satudewan yang besar tersebut.
Rakaman rancangan 'Only One With Irwan' juga sangat menghiburkan. Tambahan pula Tan Sri Dr Irwan Serigar sebagai host rancangan tersebut yang sangat 'sporting'. Katanya Fattah Amin bukan Pilot lagi tetapi sekarang ini adalah 'HERO Seorang Cinderella'. Apakah maksud tersirat di situ?. Nantikan tayangan program ini di TV Alhijrah. ...more

Ulasan
Catat Ulasan