KISAH PKP 1 DAN PERJALAN SEPERTI BERADA DALAM "TRAIN TO BUSAN", ADAKAH ZOMBIE AKAN MENYERANG..... Anak saya no 3, perempuan belajar di Uitm Shah Alam. Pada 18 Mac 2020 pagi, dah ada ura-ura nak dilaksankan PKP 1, bermula 18 Mac, 2020. Dan pengumuman dibuat dalam tengahari hari tersebut. Saya pun call anak perempuan ke tiga saya ni, Alissa namanya, mintak dia balek kampung hari tu jugak. Dia bincang dengan kawan2 kat kolej, ada yang kata tunggu pengumuman disahkan dulu. Tapi saya kata, tak boleh tunggu, gerak booking ERL balek kampung pada 19 Mac, 2020 jugak. Dapat tiket ERL terakhir pukul 12 tgh malam. Dijangka sampai ke station Batu Gajah, Perak dalam pukul 1.15 tengah malam. Kami jemput di station ERL Batu Gajah. Alissa kata dalam coach tu ada 3 orang sahaja. Suspen sangat, dah macam dalam cerita 'Train to Busan'. Ada pemandu, 2 orang penumpang lelaki dan Alissa. Masa dia di station ERL KL Sentral, PDRM dah berkawal, anak saya bawa backpack sahaja, acah baru balek...