Kali ni saya ingin menulis berkaitan kisah cinta #fattzura. Sebagai kenangan dan simpanan peribadi dan juga untuk peminat-peminat Fazura dan Fattah. Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya. Pendahuluan Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka ...